Powered By Blogger

Saturday 11 April 2015

Resepi Puding Trifle Mudahhh..

Assalamualaikum...Malam ni sy nak share sikit resepi yg boleh di katakan my "peberet" food iaitu Puding Trifle...Org pompuan kena pandai msk,bukan utk kawen je mesti pandai,tp utk keluarga n juga diri sendiri.Takde la nanti nk brgantung dekat org lain je.Bukannye xpandai,tapi ada 1penyakit 'M' dlm diri..hihi..faham² sendiri jela..

Duk bosan2 kat rumah,sambil santai2 tgk tv,boleh la makan bersama yg trsayang kan...ok la..cukup la bagi tazkirah,sebelum tu,yg paling penting,kita kena sediakan bahan2nye...
antaranya:
1.kek swiss roll(ikut suka perisa ape)sy lbh suka perisa pandan.
2. 1 tin Koktail buah-buahan
3.Kristal Jeli jenama Nona
4. 1 tin Susu Cair
5. Tepung Kastard (1 cawan)
6.Gula 1/2 cawan

cara-caranya:
1.Potong kek swiss roll n susun dalam bekas.Penuhkan ruang bekas tu dgn kek utk jadikan lapisan bawah.
2.Ambil sikit air dalam buah-buahan koktail dan curahkan atas kek.Jgn sampai banjir..huhu,bagi kek tu nmpk basah je..
3.Masukkan 1tin susu cair+gula+tepung kastard dlm periuk.Lepas tu panaskan dan kacau sampai nmpk nak pekat.Tutup api.
4.Masukkan bahan dalam periuk tadi ke dalam bekas yg berisi kek.
5.Letakkan buah-buahan koktail dkt atas Campuran Kastard tadi.
6.Last sekali,masakkan Jeli Nona mengikut arahan dkt kotak tu.Dah siap tu,tuang kat dalam bekas kek tadi sbgai lapisan terakhir dan sejukkan.
Klu letak dalam peti lagi sedap tu.Nyam..nyam..cuba la buat ye...
Mudah je..

Ni buat masa nk gi Melaka,raikan adik konvo dekat Politeknik Merlimau
Melaka.
Yg ni pulak buat sekali utk ahli rumah sewa..tapi buah-buahan koktail tu sy ubah letak nata de coco.Agak manis la yg cmni.xde rasa masam mcm buah koktail.hihi,lepas tu sy guna agar-agar utk ganti puding...keras sikit kalau agar-agar..ikut selera msg2..hehe.ok la selesai utk kali ni.


selamat menjamu selera!!

No comments:

Post a Comment

"cer komen ckettt"